GOJI... KEMBALI MELETOP!!! POWER TU...!!!  
 
  KEBAIKAN GOJI 04/24/2024 3:06am (UTC)
   
 

Mengandungi 500 Kali Ganda Lebih Vitamin C Berbanding Buah Oren

Dalam tahun 1988, Institiut Penyelidikan Nutrisi Beijing mengendalikan kajian terperinci analisis kimia dan komposisi nutrisional buah Goji kering. Apa yang mereka temui menakjubkan. Buah Goji mengandungi lebih 18 amino asid ( 6 kali ganda lebih tinggi kadarnya berbanding bee pollen), 21 unsur mineral, lebih beta karoten berbanding karot dan menghairankan 500 kali ganda lebih Vitamin C berbanding buah oren - mengikut berat) Ianya juga kaya dengan Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B6 dan Vitamin E.

 

Mungkin sebab inilah masyarakat Cina mengatakan secara tradisional faedah-faedah Goji, mendakwa Goji melindungi fungsi hati, menggantikan tenaga penting, penglihatan yang lebih baik, mengurangkan tekanan darah dan kolestrol. Goji juga dikatakan dapat menguatkan otot dan tulang, merangsang jantung dan membantu merawat diabetes dan mati pucuk. Soalannya : Bolehkah tuntutan-tuntutan ini disahkan dalam kawalan kajian dengan menggunakan analisis kimia moden?

 

Bolehkah Goji Merangsang Fungsi Imunisasi?

Menurut laporan Suruhanjaya Teknologi Saintifik Negara China , Goji mengandungi sebatian yang dikenali sebagai lycium polisakarida, yang ternyata sangat berkesan dalam meningkatkan imunisasi. Keputusan-keputusan ini disahkan dalam beberapa ujian klinikal.

 

Dalam satu kajian ke atas sekumpulan pesakit kanser, Goji telah mencetuskan peningkatan dalam kedua-dua iaitu kadar transformasi limfosit dan juga bilangan sel darah putih (sukatan fungsi imunisasi). Dalam kajian yang lain melibatkan sekumpulan mereka yang bilangan sel darah putih di bawah had, Goji meningkatkan fagocitosis dan titre antibodi serum (satu lagi index fungsi imunisasi). Aras titre antibodi serum yang tidak sihat telah lama dikaitkan dengan Sindrom Keletihan yang Kronik (dikenali juga sebagai Epstein-Barr). Adakah ini bermakna yang Goji boleh digunakan sebagai senjata terhadap Epstein-Barr? Kemungkinannya benar-benar menarik minat.

 

Dalam kajian yang lain, pengambilan Goji memberi petunjuk kepada menguatkan aras immunoglobin A (index fungsi imunisasi) sebab penurunan immunoglobin A merupakan satu petanda penuaan, peningkatan aras ini menunjukkan Goji mungkin membolehkan DNA yang rosak dibaik pulih dengan sendirinya dan mencegah kemerosotan tisu.

 

 

Adakah Goji Merupakan Antioksida Yang Kuat?

Apabila kita meningkat tua, paras lipid peroksida dalam darah kita meningkat, manakala paras-paras pelindung-kesihatan antioksida, seperti superoxide dismutase (SOD) menurun. Dalam kajian klinikal mereka yang mengamalkan Goji, SOD dalam darah meningkat sebanyak 48% manakala hemoglobin meningkat sebanyak 12%. Baiknya, aras lipid peroksida menurun sebanyak 65%.

 

 

Adakah Goji melindungi Mata?

Satu ujian kesan Goji ke atas penglihatan telah dikendalikan. Dua puluh orang telah diuji dan menunjukkan pembaikan yang dramatik dalam kedua-dua penyesuaian gelab dan kandungan Vitamin A dan karotene serum mereka. (sukatan akuiti penglihatan)

 

 

Gary Melihat Perubahan Dramatik

Enam tahun yang lalu, saya telah melonggarkan latihan regimen saya kerana kesakitan di kedua pergelangan kaki. Jadi Krismas kali ini, saya bersungguh-sungguh memulakan program kesihatan badan, merangkumi latihan sederhana 2 ke 3 kali seminggu dengan dua kali sehari hanya memakan hidangan Goji dan juga hidangan lain. Pada pertengahan bulan Mac, semasa saya sedang belajar di Turkey , saya mula dapati perubahan fizikal saya: Kulit saya nampak lebih cerah dan tahap tenaga saya juga bertambah. Setiap hari saya bekerja 16 jam di antara pembelajaran dan latihan makmal.

 

Apabila saya pulang ke rumah, saya dapati berat badan saya telah turun sebanyak 12 paun, turun 3 inci di bawah perut dan naik 3 inci di bahagian dada.

 

Dan, 2 minggu lalu semasa saya di Phoenix , saya berlari satu batu. Saya rasa badan saya panas, bertenaga dan berlari dengan tenang. Minggu lepas, di rumah saya di Utah, terletak pada altitut 5,000 kaki dari paras laut, saya berlari 2.7 batu dan tidak ada rasa letih sedikit pun - walau pun pada altitut udara yang rendah. Dua hari selepas itu, saya berlari 4.3 batu tanpa kaki berasa sakit. Saya boleh berlari lagi untuk tiga atau empat batu tetapi saya tidak mahu melakukannya. Perubahan ini amat luar biasa jika diambil kira saya tidak menjalani sebarang latihan selama 6 tahun.

 

Berita Baik Untuk Para atlit, Yang berdiet, Pesakit Kanser, AIDS dan Pesakit MS

Pelbagai jenis kesan-kesan fisiologikal ini telah menyegerakan saya untuk lebih mendalami ilmu kimia Goji. Apa yang saya temui menakjubkan : Goji tidak hanya mengandungi super oxide dismutase, phenyl-propanoids, factor-faktor penghalang anti-kanser dan antiseniliti, tetapi juga mengandungi rangkaian amino asid L-leucine yang tinggi. Leucine merupakan amino asid yang perlu yang tidak dibuat oleh tubuh kita, kita hanya boleh mendapatkannya daripada diet kita. Ianya ada dalam kuantiti yang kecil dalam kedua-dua makanan tumbuhan dan haiwan dan ianya merupakan komponen semulajadi susu ibu.

 

Tetapi Leucine bukan hanya sebagai amino asid perlu: Ia juga menyokong fungsi imunisasi, membakar lemak dan membina otot. Bagaimana? Sebab leucine membentuk sebatian yang sangat unik dipanggil HMB (Beta-hydroxy brta-methylbutyrate). Melalui aktiviti phenylpropanoid Goji membantu menukarkan leucine kepada HMB.

 

Apa yang membuatkan HMB begitu cemerlang dalam mengekalkan kesihatan? Merujuk kepada penyelidik terkemuka, Richard Passwater, Ph.D.,

 

"HMB menunjukkan yang ia merendahkan jumlah dan aras kolestrol LDL dalam darah dan membantu menguatkan sistem imunisasi di samping membina otot-otot dan membakar lemak dalam tubuh. Berita ini pastinya menarik minat para atlit angkat berat dan yang lainnya, tetapi ianya mungkin juga menarik minat pesakit-pesakit kanser, AIDS dan distrofi otot"

 
  MENU
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
  INGAT... MASA MEMANG CEMBURUKAN KITA
Today, there have been 1 visitors (2 hits) on this page!
Perhatian: Laman ini bukan laman web rasmi syarikat. Segala maklumat dan cadangan serta paparan tidak ada kaitan langsung dengan syarikat. Segala kerugian adalah tanggungjawab sendiri. This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free